Rumpai Laut Putih @ Kuning Keemasan

Bergred AA. Kandungan kolagen mentahnya sangat baik untuk menjaga kecantikan kulit. Ianya menggantikan sel-sel kulit mati dengan cepat serta memperbaiki tisu kulit dan memberikan kesan kepada nilai kecantikan anda.

Rumpai Laut Ungu

Rumpai Laut bergred AAA. Ianya lebih banyak khasiat dari yang sebelumnya. Sangat bagus bagi mencegah dan juga merawat penyakit-penyakit dalaman seperti sakit jantung, gout dan juga angin ahmar

Rumpai Laut Hijau

Bergred AAAA. Ianya lebih berkualiti berbanding dengan dua jenis rumpai yang sebelum ini. Ianya kurang berbau dan lebih tahan lama. Ianya agak terhad untuk didapati

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan, pembayaran dan sebagainya, anda boleh menghubungi Puan Noorul Jannah ditalian 018-2959371

Khasiat Rumpai Laut


Thursday 28 March 2013

Rumpai Laut Segar

Sebenarnya rumpai yang dikeringkan tidaklah popular di sabah ni. Yang popular adalah lato atau latok iaitu rumpai segar yang diambil dari laut tanpa dikeringkan. Staff di pejabat saya pun minta saya ajarkan bagaimana nak gunakan rumpai kering kita ni.Inilah rupanya yang basah baru diambil dari laut. Menurut pakcik pasar ni yang basah akan mengambil masa 3 ke 5 hari untuk kering. Bila dah kering secara semulajadi akan jadi rumpai gred AA gold. Rumpai ini dijemur  macam kita jemur baju tu.


 LInilah rupanya yang masih segar dari laut.Sepinggan kecik tu RM1.Bnayak dijual di semua tamu dan pasar di Sabah.


                                                       Latok 

Bahan-bahannya :-
Rumpai laut segar 
Belacan
Perahan Limau
Cili 
Garam
Hirisan bawang besar dan tomato.


Gaul semua bahan bahan bersama latok ni.Gaul sampai sebati cam kita buat kerabu dan  bolehlah makan dengan nasi atau makan begitu sahaja.Sedap lagi kalau ada ikan bilis goreng.kalau tak biasa memang rasa semacam tapi bila dah merasa..mesti rindu bila balik semenanjung nanti.Yang sudah siap dikerabukan ada dijual di Pasar pilipin.Sejujurnya saya sejak datang Sabah ni tak pernah lagi makan di pasar Pilipin sebab faktor kesihatan.Ramai kawan-kawan di pejabat juga tidak mengesyorkan makan di situ.Banyak lagi kedai orang sabah tempatan yang lagi bersih dan sedap.


Wednesday 27 March 2013


Pengalaman ku bersama si Rumpai Laut 

Ramai tertanya apakah kesan penggunaan rumpai laut. Saya bukanlah pakar diet atau kecantikan...saya sama seperti anda sebagai pengguna. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan beberapa pelanggan saya yang telah menggunakan rumpai laut. 


Ketika hari pertama saya menggunakan rumpai laut purple yang direndam dan direbus.Hasil rebusan yang menjadi jelly telah saya sapukan di tumit kaki saya yang pecah.Maklumlah bila usia dah 30an ni kollagen makin kurang..semua kulit-kulit semakin kering tambahan pulak siang malam duduk dalam aircond.Saya dengan gigih menyapu tiap malam sebab suami dah komplen kaki dah macam tar jalan.Akhirnya merekah di tumit kaki saya beransur hilang dan kembali seperti biasa.

Saya mulakan research dan cuba untuk makan pula.Saya makan yang purple juga. Mula-mula makan rasa dahaga, mengantuk dan kencing berbau busuk.Saya jadi takut nak makan tetapi memikir dah seperiuk saya masak terpaksa saya teruskan nanti En hubby kata saya ni suka hangat-hangat chicken shit .Saya minum banyak pula air dan hasilnya perut terasa kempis tapi bukan kurus ya..Saya makin bertenaga dan tiada lagi gatal-gatal dikulit.

Saya masih menyusukan anak saya Zara yang berusia 5 bulan..saya perasan yang kulit anak saya tidak lagi berkudis apabila kena gigitan nyamuk..Saya sapukan juga di tempat-tempat yang menjadi merah akibat kurap susu kata org tua..dan hasilnya kulit anak saya semakin ok. Pada pendapat peribadi saya, rumpai yang dimakan tanpa campuran dadih atau bahan-bahan lain lebih cepat berkesan dari yang telah dimasak dan diubah bentuk dalam minuman atau makanan.Juga perlu minum banyak air bagi mengimbangi proses nyahtoksin yang berlaku.


                           Rumpai yang dibuat dadih strawberi oleh rakan saya.

                Dalam bentuk jelly seeloknya makan terus sahaja dengan air suam..ada berani


Tuesday 26 March 2013

Resepi Kerabu Rumpai Laut Hijau

Bahan-bahan.
200g Rumpai Laut Hijau AAA
Serai
Ikan bilis goreng atau udang kering
Kacang goreng
Cili
Garam/gula
Perahan limau
Kacang panjang
Kerisik (jika suka)

Cara-caranya
Rumpai hijau direndam dalam 2 jam sahaja. Potong memanjang mengikut citarasa.Tidak perlu direbus.
Bahan-bahan lain dipotong halus.
Gaul semua bahan-bahan dan masukkan rumpai tadi.

Wednesday 6 March 2013

Apakah Rumpai Laut?



Apa sebenarnya rumpai laut ini? Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii (berwarna hijau, coklat dan puteh), nama tempatan Agar-Agar. Tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut. Rumpai laut ini sesuai diusahakan di kawasan laut yang  terlindung, dengan ketinggian ombak antara 1-2 kaki, saliniti air laut antara 30-35 ppm, kualiti air yang baik/jernih dengan dasar laut berpasir dan berbatu karang. Rumpai laut diekstrak untuk menghasilkan Carrageenan.

Antara lain kegunaannya sebagai bahan campuran dalam industri pembuatan cat, shampo,dakwat, tekstail, penyembur serangga, agen pembersih, sebagai bahan pengikat dalam industri pembuatan bahan letupan, sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan,  industri farmasiutikal (pengikat ubat-ubatan), bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan. Paling besar produk rumpai laut ini digunakan dalam industri makanan sebagai bahan pengikat (food binder) contoh dalam industri pembuatan burger, ais krim dan banyak lagi. Disebabkan produk ini bahan semula jadi, amat sesuai untuk industri penghasilan makanan halal.

Apakah khasiat rumpai laut?


  • Nilai-nilai nutrisi 10x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk)
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit)
  • 24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang2
  • PH bernilai 7.6
  • KALSIUM- 37x lebih tinggi daripada hati ikan.
  • ANTIOKSIDA – 55Ox lebih kuat dari vitamin C.
  • VITAMIN A – 40x lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
  • PROTEIN – 21x lebih banyak dari susu.
  • OMEGA 3 DAN OMEGA 6 – 2326x lebih banyak dari ikan.
  • Tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium,zat besi, magnesium, iodine, potasium,vitamin B6,B12,C,A,omega 3 dan antioksidanKaya dengan OMEGA-3 yang akan membuat kulit KENYAL dan KENCANG
  • Penuh dengan KOLAGEN
  • Kandungan SERAT yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
  • Kandungan IODINE yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang
  • Telah dibuat pendedahan di dalam rancangan NONA 20 Mei 2012

Pic kredit: sabah.gov.my 

Friday 1 March 2013

Keratan Berita pada akhbar Berita Harian



Sudah terbukti bahawa rumpai laut @ pure marine collagen ini telah mendapat pengiktirafan dikalangan penyelidik dan saintis. 


Apa lagi? Tempahlah sekarang..!!

Update: Harga Produk



TERMURAH DI PASARAN TERUS DARI SABAH

Gred Purple AAA

RM40.00 per/kg
RM20.00 per/500g
RM5.00 per/100g


Gred AA Putih @ Kuning

RM35.00 per/kg
RM18.00 per/500g
RM4.00 per/100g


Gred AAAA Hijau

RM50.00 per kg.
RM30.00 per 500g


Nota : 
* Harga adalah tidak termasuk kos penghantaran Pos Laju RM20.00 per/kg ke Semenanjung Malaysia


* Pesanan minimum adalah 500 g bagi setiap pesanan 

Thursday 28 February 2013

Khasiat Rumpai Laut @ Pure Marine Collagen



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Rumpai Laut kolagen ataupun dikenali sebagai ibu kolagen adalah salah satu spesis rumpai laut yang mempunyai banyak permintaan pasaran. Ini adalah kerana khasiat yang terdapat di dalam rumpai laut ini adalah jauh melebihi mana-mana makanan tambahan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia. Meskipun dari segi rupa luaran ianya seperti tumbuhan laut biasa, ianya mengandungi:

  • Agen anti-penuaan - Ini dia formula awet muda alaf baru untuk kecantikan kulit natural agar lebih putih, cerah, anjal dan tegang. 
  • Melangsingkan badan - ubat diet organik semulajadi tanpa perlu berlapar. Bila anda ambil kolagen yang kaya dengan serat ni, perut akan sentiasa rasa kenyang, jadi bila time makan memang kena makan tapi tak le melantak.
  • Ubat kuat untuk lelaki - melancarkan kitaran darah dan memberi tenaga dalaman.
  • Anti-mutagen - kandungan iodin yang tinggi menghalang tubuh daripada menyerap logam berat seperti plumbum dan merkuri bagi mencegah sel tumor ataupun kanser
  • Anti-oksidan - dapat menurunkan kolestrol dalam tubuh badan
  • Agen detox - mengeluarkan segala kotoran dan bahan kimia berbahaya daripada badan.
  • Mencegah Goitre - mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid dan mengelakkan penyakit ini.
  • Membantu merawat gastrik - mampu merawat penyakit yang membelenggu hampir kesemua penjawat awam dan pekerja swasta sekarang kerana waktu makan yang tidak menentu.
  • Bertindak sebagai anti kulat dan anti bakteria - khas untuk anda yang terkena penyakit kurap dan demam akibat bakteria.
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah - mengelakkan penyakit kencing manis.
  • Membantu merawat penyakit gaut - pengambilan secara berterusan dapat mengurangkan kesan berbisa penyakit gaut.
  • Menguatkan tulang, sendi dan otot - khas untuk golongan tua, membantu membaikpulih segala sel rawan dan tisu-tisu otot.
  • Merawat Anemia - membantu menghasilkan sel-sel darah merah.
  • Ubat darah tinggi - menyerap lebihan garam dalam tubuh
  • Mempercepatkan penyembuhan luka untuk mereka yang kemalangan ataupun selepas pembedahan.
  • Melancarkan dan memperbetulkan sistem metabolisme badan
  • Ubat sembelit/buasir - kandungan serat yang tinggi memulihara usus kecil daripada penyakit yang membelenggu ramai wanita kerana diet berlebihan.
Untuk membuat pesanan, sila hubungi Puan Noorul Jannah di talian: 018-2959371