Rumpai Laut Segar
Sebenarnya rumpai yang dikeringkan tidaklah popular di sabah ni. Yang popular adalah lato atau latok iaitu rumpai segar yang diambil dari laut tanpa dikeringkan. Staff di pejabat saya pun minta saya ajarkan bagaimana nak gunakan rumpai kering kita ni.Inilah rupanya yang basah baru diambil dari laut. Menurut pakcik pasar ni yang basah akan mengambil masa 3 ke 5 hari untuk kering. Bila dah kering secara semulajadi akan jadi rumpai gred AA gold. Rumpai ini dijemur macam kita jemur baju tu.
LInilah rupanya yang masih segar dari laut.Sepinggan kecik tu RM1.Bnayak dijual di semua tamu dan pasar di Sabah.
Latok
Bahan-bahannya :-
Rumpai laut segar
Belacan
Perahan Limau
Cili
Garam
Hirisan bawang besar dan tomato.
Gaul semua bahan bahan bersama latok ni.Gaul sampai sebati cam kita buat kerabu dan bolehlah makan dengan nasi atau makan begitu sahaja.Sedap lagi kalau ada ikan bilis goreng.kalau tak biasa memang rasa semacam tapi bila dah merasa..mesti rindu bila balik semenanjung nanti.Yang sudah siap dikerabukan ada dijual di Pasar pilipin.Sejujurnya saya sejak datang Sabah ni tak pernah lagi makan di pasar Pilipin sebab faktor kesihatan.Ramai kawan-kawan di pejabat juga tidak mengesyorkan makan di situ.Banyak lagi kedai orang sabah tempatan yang lagi bersih dan sedap.
0 comments:
Post a Comment