Cara penyediaan rumpai laut :
- Basuh kolagen mentah sebanyak 5-6 kali (seperti membasuh beras).
- Rendam colagen mentah yang telah dibasuh semalaman.
- Buang air rendaman tadi & basuh sekali lagi 5-6 kali & toskan.
- Campur dengan 2.5 liter air ke dalam periuk untuk direbus.
- Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng (untuk buat masker biar kosong jangan campur apa2)
- Biarkan sejuk (ianya akan membentuk seperti jelly) sebelum diletakkan ke dalam bekas & disimpan di bahagian chiller peti ais (bukan bahagian freezer). Kolagen tersebut boleh bertahan selama 4 minggu
Setelah kolagen yang telah melalui proses di atas, anda boleh menggunakan kolagen tersebut dengan 2 cara iaitu:
a. Untuk Kegunaan Luar seperti masker
b. Boleh dijadikan minuman.
b. Untuk dijadikan salah satu bahan resepi makanan
Cara Membuat Masker :
Cara 1
- Selepas colagen direbus,tapiskan dahulu.
- Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker & air untuk diminum.
- Bersihkan muka terlebih dahulu (1-2 kali)
- Sapukan rata sekitar muka & leher
- Tunggu sehingga masker kering dalam 30 minit.
- Bilas dengan air suam hingga bersih & lap hingga kering.
Cara 2
- Cuci muka 2 atau 3 kali bagi membuka pori-pori muka.
- Sapu rata kolagen yang telah menjadi jelly tadi ke muka anda.
- Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.
Cara Makan :
- Waktu terbaik pengambilan kolagen ini adalah semasa perut kosong (lepas bangun tidur-sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
- Mmbil 3 sudu besar & masukkan ke dalam gelas.
- Anda boleh mencampurkan dengan kordial untuk menghilangkan rasa hanyir.
PERHATIAN:
- Anda diminta untuk menghindari minuman seperti nescafe, kopi, minuman berkafein & minuman berkarbonat semasa mengamalkan pemakanan kolagen ini. Segala minuman jenis ini akan menyerap vitamin C, kolagen dan juga gluthathione (agen pencerah)
- Untuk hasil yang memuaskan, anda digalakkan mengamalkan minum air kosong dan pemakanan kolagen yang konsisten setiap hari.
0 comments:
Post a Comment